Khamis, 4 September 2008

PINJAMAN DARIPADA TABUNG EKONOMI KUMPULAN

DI BAWAH PROGRAM SYARIKAT ANCHOR / RAKAN NIAGA TEKUN RANGKAIAN PRODUK DR. AZIMUTH

Mula berniaga dengan menjadi Pengedar Rangkaian Produk Dr.Azimuth. Jika anda berminat untuk menjadi Wholesale Distribution Centre (WDC), anda boleh dapatkan latihan, bimbingan dan sokongan daripada Stok Utama Negeri (SUN) di tempat masing-masing.

1) Penapisan pemohon pinjaman oleh EDI. EDI mensyaratkan pemohon menjadi pengedar barangan produk Dr. Azimuth Formula untuk tempoh sekurang-kurangnya 1 bulan dengan sistem “MONEY BACK GUARANTEE”**. Setelah 1 bulan jika didapati pemohon betul-betul beminat dan berkeupayaan barulah pemohonan diteruskan.

2) Pemohon mendapatkan borang daripada TEKUN Nasional di negeri masing-masing.

3) Isi borang dengan merujuk senarai semak yang disertakan di dalam borang tersebut

4) Dapatkan sokongan permohonan daripada ADUN (Barisan Nasional)/ Ahli Parlimen BN dan Ketua Bahagian UMNO/Pegawai Kelas A

5) Hantar borang ke Ibu Pejabat Entrepreneurs Development Institute (EDI) untuk diproses dan dinilai samada anda layak atau pun tidak.

6) Borang bagi mereka yang layak akan terus di hantar ke TEKUN Nasional untuk tujuan pemprosesan pinjaman.

7) Proses pinjaman akan mengambil masa selama 8 hingga 12 minggu.

8) Jika pinjaman pemohon diluluskan oleh TEKUN Nasional, peminjam akan mendapat barangan daripada Entrepreneurs Development Institute (EDI) bernilai RM5000.00. Anda boleh memulakan perniagaan secara salun bergerak / kiosk dan sebagainya.(TIDAK ADA PEMBERIAN WANG TUNAI KEPADA PEMOHON DARIPADA TEKUN NASIONAL)

9) Mereka yang telah mendapatkan pinjaman akan secara automatik menjadi WDC EDI. Mereka akan dihubungi oleh SUN negeri dan ibu pejabat EDI untuk program ‘Coaching, Mentoring dan Immersion’ untuk berjaya di dalam perniagaan.

** Pemohon melabur sebanyak RM300.00 dengan harga pengedar. Jika mereka tidak berjaya menjual barangan tersebut dalam masa 30 hari, wang mereka akan dikembalikan berdasarkan baki barangan yang belum terjual dengan syarat ia masih dalam keadaan yang baik.

Tiada ulasan: